Hampir sebulan kat sini...dapat jugakla merasa ada magisnya bumi yang pernah dipijak oleh para Nabi Allah seperti Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusof etc.
Bumi ini elok cuacanya, iklim Meditrenian lah katakan...ada 4 musim macam kat negeri orang putih, cuma takde salji je kat Cairo ni. Makanan international pun banyak.
Tetapi yang magisnya Egypt ini ialah pertamanya, Sungai Nil yang menjadi nadi kehidupan di sini sejak ribuan tahun dahulu. Nil jugalah yang menjadi tonggak kepada kemajuan dan keajaiban Mesir purba dahulu. Cuba bayangkan, paras Sungai Nil akan naik pada kemuncak musim panas dan pada waktu inilah delta Nil akan dibanjiri air yang membawa elemen-elemen yang menjadikan lembahnya sangat subur. 80% Sungai Nil melintasi gurun yang sangat panas. Bayangkan di Sudan, Aswan dan Luxor pada musim panas, suhunya 45-50 darjah celcius dan kadangkala mencapai sehingga lebih daripada 50. Tetapi Nil Biru dan Nil Putih tetap mengalir deras sehingga menyebabkan kebanjiran di deltanya.
Magis yang berikutnya, telah aku dan isteri melalui sendiri. Ida dan aku alah kepada habuk dan kedua kami menghidapi resdung yang agak teruk. Sebagai persediaan menghadapi debu dan habuk di Cairo, kami bersedia dengan Zyrtec dan citrezine untuk menentang alahan. Sampai di sini, terbukti Cairo penuh dengan debu dan habuk. Bayangkan rumah tamu yang kami tumpang yang tak pernah kami buka tingkap pun perlu dicuci setiap hari bagi membuang habuk. Namun, tidak pernah sekalipun kami diserang resdung di sini. Malah ada testimoni daripada rakan-rakan yang lebih awal tiba di Cairo bahawa setelah beberapa ketika berada di sini, masalah resdung terus hilang.
Jadi, kami cadangkan supaya Kak Ina dan mana-mana kawan yang menghidapi resdung datanglah ke Cairo dan rasailah sendiri magisnya bumi para Ambiya' ini. Wasalam.
Roblox.Voohack.Com Roblox Hack Kupcake
5 years ago