Sempat jugakla aku dan Ida meneroka masuk ke dalam Piramid Khufu (Cheops) iaitu piramid yang terbesar di Giza. pintu masuk kecik sahaja an terpaksa mendaki ratusan anak tangga dan menyelusur masuk ke dalam lorong-lorong kecil yang memaksa aku dan Ida merangkak masuk. Penat jugak tetapi mengenangkan ini adalah binaan berusia ribuan tahun dan pernah menempatkan jasad Firaun yang terkemuka, terpaksalah daki jua.
Friday, December 19, 2008
Selepas bulan keempat, akhirnya....
Saturday, November 8, 2008
On Fiat 128....and BMW
Jasmine aku dukung bila keluar dari Shaalan. Dah 3 hari batuk. Maybe sebab pertukaran musim panas ke musim sejuk. Dalam perjalanan nak ambil teksi cabuk hitam putih, aku ternampak satu couple, laki nye biasa je...typical arab mesir, rambut kerinting kecil-kecil dan dah botak sikit kat tengah. Tapi awek die....pergh! Tinggi macam model, muka cun and ranggi abis. Tapi diorang naik Fiat 128 yang kira aku tahun 1960 punya..ala..yang kita selalu tengok dalam filem James Bond, Circa Sean Connery dulu.
Dalam hati aku kata, kalau kat M'sia tak terlintas la di hati awek-awek macam tu nak naik keta alumni zaman James Bond tu. Tapi kat sini the man behind such wheel still can carik makan. Winnie senyum je bila aku cakap kt M'sia at least Waja la kalau nak bawak awek macam tuh. BMW 320i tahun 2001 selayaknye la. Untung badan driver BMW.
Wednesday, November 5, 2008
Makan Malam Untuk Suriati dan Familinya...
Elmo dan Doll....
Seminggu pertama kami sampai ke bumi Mesir ini, hati aku sedih bila anak kesayangan ini bertanyakan mengenai Elmonya yang aku tertinggal di hotel. Jasmine memang rapat dengan Elmo yang aku beli untuknya di Alamanda.
Jenuh jugak la kami cari pengganti tapi tak jumpa, last sekali jumpa la sekor kat Rico. Seronok tak kira Jasmine bila dapat Elmo nya kembali. At the same time, Wa Yang Jasmine pun beli satu dan poskan dari Malaysia Elmo untuk Jasmine.
Jasmine dan kata-katanya...
Pilihan Sendiri....
Sunday, November 2, 2008
Kedutaan Besar Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)