Friday, December 19, 2008

Selepas bulan keempat, akhirnya....

baru aku dapat menunaikan janji untuk bawa Ida dan Jasmine berjalan-jalan. Peluang yang ada aku ambil untuk bawa Ida ke Piramid, Citadel,Khan el-Khalili dan esoknya kami sekeluarga bersama Wan Tarmizi dan keluarga pergi ke Port Said.
Sempat jugakla aku dan Ida meneroka masuk ke dalam Piramid Khufu (Cheops) iaitu piramid yang terbesar di Giza. pintu masuk kecik sahaja an terpaksa mendaki ratusan anak tangga dan menyelusur masuk ke dalam lorong-lorong kecil yang memaksa aku dan Ida merangkak masuk. Penat jugak tetapi mengenangkan ini adalah binaan berusia ribuan tahun dan pernah menempatkan jasad Firaun yang terkemuka, terpaksalah daki jua.