Sunday, November 2, 2008

Al-Aanab Street, Mohandessine, Giza










Ini adalah Al-Aanab Street, jalan yang menempatkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah







Do You Have Laksa?....

Auntie ni suka betul makanan Malaysia. Dia juga ada bertanya samaada laksa ada dijual ataupun tidak. Rupanya dia pernah posting di Saigon lama dahulu dan kebetulan ada kawannya yang suka masak makanan Malaysia (maybe kawannya tu Malaysian kot). Makanan favourite dia adalah Laksa Malaysia. Aku tengok dia end up beli sebungkus bihun, satu pek santan, 2 pek paste tomyam dan sebotol sos cili Kimball. FYI, bihun tu made in Thailand... :)

Asian Diplomatic Wives Association (ADWA) Activities

Ini antara aktiviti ladies Perwakilan iaitu bazaar di Hotel Nile Hilton. Banyak juga barang-barang yang Perwakilan jual collection ribu-ribu jugak la hari tu. Antara yang menjadi rebutan adalah kaftan batik Malaysia yang ceritanya dapat jual lebih 40 pasang. Bukan setakat tu je, barang-barang makanan pun dijual jugak contohnya bihun, sos cili kimball, pek Milo, santan, tomyam paste etc. Ida kelihatan sedang memasukkan pek bihun ke dalam plastik. Kalau korang tengok kat belakang Huda (kiri sekali) ada satu bekas makanan. Dalam tu Ida bawak bihun goreng yang dia masak untuk breakfast aku dan Jasmine. Last sekali bihun tu jadi display item masa Perwakilan berniaga. Sambil makan sambil tunjuk kat pengunjung hasil end-product bihun. Sambil2 jual, sambil ajar macamana nak masak makanan Malaysia tu. Ramai yang suka cuba resepi baru. So, they thought why not Malaysian food.Dalam gambar juga Huda sebenarnya tengah dukung Jasmine yang masih merajuk sebab ibu tinggalkan dia dengan ayah pagi tadi.

La Cantina....

Selepas penat berjalan di Wikala, malamtu kitaorang lepak kat La Cantina, Cafe and Bistro yang terletak tak jauh dari rumah aku dan rumah Athir. Aku minum ice choc sahaja tapi Ida sebab nak lepaskan kempunan makaroni goreng di Wikala, order fettucini tapi tak sedap..Ida tak abis makan so aku tolong abiskan la macam biasa. Malam tu tuan TC sponsor sebab dia baru balik dari outstation..masyuukk katanya. Lebih kurang pukul 1am baru kami semua balik sebab esoknya ladies Perwakilan ada aktiviti di Nile Hilton.

Wikala...


Wikala ialah sebuah tempat untuk membeli belah yang popular di Cairo. Tempatnya taklah mewah tapi eksotik, a truly oriental street bazaar. Sempat jugak membeli-belah untuk preparation menghadapi winter. Ida dan Jasmine aku belikan masing-masing sepasang kasut gajah. Aku beli 3 pasang stokin, sepasang pullover heavy wool dan sepasang knitted pullover. Gambar ni masa tengah tawar menawar untuk beli karpet. Aku belikan Ida rug sebab tak tahan sejuk lantai marble kat reception dan dining hall rumah aku. Kat sebelah kedai karpet tu ada satu stall jual makaroni goreng. Lecur air liur kitaorang tengok orang-orang arab melahap makan makaroni...ye la, perut tengah lapar, cuaca sejuk..memang resepi buat perut lapar. Nak makan tak berani sebab condition stall tu teruk sikit. Balik tu kitaorang pegi lepak kat La Cantina, makan dan minum sambil hisap shisha....


Jasmine di playground sekolah dia. Sekarang Jasmine tak nangis lagi pegi sekolah. In fact sometimes, she insists to go to school which I find very relieving. She likes it there it seems.yela...better dari terperuk duduk kat rumah nengok ibu lipat kain dengan memasak. Kalau nak tau, sebab selalu sangat teman ibu masak Jasmine dah boleh bagitau which is onion,garlic, ginger,etc. Haaa...anak dara pun tak tentu tau nama2 bawang.hihihi...

Sekolah Jasmine...



Greenland International Nursery. Inilah tempat kitaorang hantar Jasmine bersekolah.Perasan tak ada bendera Malaysia kat situ?Kitaorang dah siap bilang stripes on that flag and it has 14 stripes.Nasib baik.kalau tak kitaorang dah complain kat pihak sekolah.Haa...sejak Jasmine bersekolah kat situ la diorang start lekat bendera tu. So, in a way Jasmine represents our country here. A young ambassador of Malaysia to Egypt...