Megah bangsa dengan pelbagai cara. Bahasanya, budayanya dan tidak kurang juga dengan pakaiannya. Melayu dengan Baju Melayu lengkap bersongkok dan bersampin songket, Cina dengan cheongsam dan India dengan sarinya.
Orang arab Mesir pun tidak kurang dengan Galabiyya.
Galabiyya merupakan jubah longgar yang dipakai oleh kaum lelaki di Mesir. Aku tidak pasti samada ada arab lain yang pakai Galabiyya selain Mesir, Sudan dan arab di Libya. Nama mungkin lain tapi nampak seakan sama. Rupa Galabiyya ini bagi aku macam jubah yang biasa kita dapat bila ada saudara mara balik dari menunaikan haji atau umrah tapi kolarnya macam baju Melayu Johor.
Yang istemewanya Galabiyya arab Mesir ini ialah ia boleh dipakai ke mana sahaja, untuk buat apa sahaja. Sekali aku pernah perhatikan sekumpulan pekerja kontrak arab sedang memasang penyangga di luar bangunan 15 tingkat bekerja dengan memakai Galabiyya. Bayangkanlah, berdiri dan meniti di atas kayu-kayu kering yang dijadikan penyangga tanpa apa-apa aparatus keselamatan dan memakai JUBAH!
Teringin jugak nak beli sehelai Galabiyya dan merasai kehebatannya.
Tetapi sebagai Melayu...aku lebih berbangga dengan Baju Melayu. Baju Melayu boleh dipakai ketika menyambut perayaan, dipakai untuk bersembahyang, dipakai masa nak kahwin dan turut dipakai oleh hulubalang-hulubalang di zaman silam untuk berperang walaupun aku tak pernah nampak lagi siapa-siapa yang pakai Baju Melayu untuk buat kerja kontrak bina bangunan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)
ya. saya juga bangga dengan baju melayu. tapi malangnya saya suka style johorean, bukan sebab saya ini bersemangat kenegerian yang ekstrim tapi sebab praktikalnya dapat guna poket baju yang dua ituh.
Selamat meneruskan ibadah puasa di rantau orang :)
Salaam,
Ini Kak Olie. Kami duduk Alex. jalan Alex marila ke rumah.. Kat sini tak ramai Melayu. Cuma 3 family aje. Yg ramai students.
kim salam kat winnie n jasmine... :)
hi Dny!best dapat khabaq dr kwn di m'sia...hg apa crita ah?tu gambaq hg pi china ka?jemput2 la kwn lain visit blog kami...
hi kak olie....insyaAllah ada rezki kami ke sana.dengar crita alexandria cantik sngt.teringin nak g tp masa belum mengizinkn.nanti tan sri kppa nak ke sana.kalau xde apa2 hal sampai la kitaorg nnti
idawinnie, set! dtg alex contact kak olie kay...
kak olie slalu jugak pergi cairo. slalunye melepak kat intercon starcity... agaknye boleh jumpa ek??!
hi kak olie,
if u r online,we could have a chat someday.my email: zuhaida_zainal@yahoo.com
winnie: aku sihat ja..cm biasa gheja mcm xpijak tanah..tu gambar aku p china hujung thn lepas...nanti aku bgtau psl blog hg nih kt bdk2 kita yg lain...
idawinnie,
akak ni masih tak buat YM sendiri lg asyik menumpang org punya... nnti akak buat i will alert u..
raya ni akak mungkin pergi cairo
wah!berjalan sakan hg no dny?pi keja ka,pi mkn angin?Hmmm..setau aku sejak dr uia lg, hg kuat keja.xdak keja pun,hg cr keja.hehee..jz kidding.so, aku xheran la kalo hg kata sampai xpijak tanah.ada rezeki mai la cairo.really looking forward to seeing my frens here in cairo.ajak la ehem ehem skali.....or, do u wanna spend ur honeymoon here?i do think u should think it over...mai la musim sejuk
kak olie,
jemput ke rumah eh?kak olie keje petronas ke?or ur husband?kami dok kat mohandessine.near our embassy.i think 15 minutes by foot.teringin nak kenal...bila2 online just buzz me k.
Post a Comment