Hari Ahad lepas kami pegi hantar Jasmine masuk baby class di Greenland International School. Yuran dia LE1000 sebulan tapi kami ambil part time class sahaja untuk Jasmine. So, kelas dia 2 minggu pertama 3 hari seminggu dan 2 minggu terakhir 2 hari seminggu.
Macam mana dengan Jasmine? 1st day menangis start daripada kitorang hantar sampaila waktu Ida jemput pukul 2 petang. Kesian jugak kat Jasmine, menangis sampai bengkak mata. petang tu Jasmine tengok mana-mana muka arab pun dia tak lalu dah...dekat dengan rumah kami ni ada seorang bini bawwab (bawwab ni macam caretaker merangkap semacam kuli kat bangunan di sini) Bini bawwab dengan anak dia tu suka tgk Jasmine, kalau aku balik kerja bini bawwab tu selalu tanya pasal Jasmine dengan kata-kata yang aku tak faham tapi daripada hand signals aku tahu la dia bertanyakan Jasmine. Jasmine pun kalau jumpa orang arab ni suka jugakla dia tegur, bagi flying kiss, bye2 etc, tapi petang tu tengok muka pun dia tak mau!
Cerita pasal bawwab ni menarik juga. Alangkah bagusnya kalau ada orang kat Malaysia yang sanggup jadi bawwab. Semua keja diorang boleh buat dan bukan setakat bawwab tu je yang buat keja, tapi seluruh kaum kerabat ahli keluarga dia datang bantu, plastik beg kecil kat tangan pun diorang nak tolong bawakkan.
Tapi tengok cara hidup bawwab ni kesian jugak...bayangkanlah ada yang duduk kat basement di ceruk penjuru parking lot. Sekeluarga dok kat situ sampai beranak-pinak. Tempat yang diorang panggil rumah kadang-kadang hanya kotak2 dan pangkin sahaja di mata kita. Untuk pergi ke embassy, aku kena lalu satu kawasan pembinaan. Bangunan tu tak siap lagi, cuma 60% siap tapi bawwab dah duduk kat situ sebagai caretaker dengan anak-anak bini sekali. Kesian sangat....satu hari tu aku nampak anak perempuan bawwab tu yang berumur dalam 15 tahun tengah mengasuh adik-adik kecil yang berbaju tapi tak berseluar main atas timbunan pasir dan batu bata.habis masuk pasir dalam kemaluan diorang.tambah2 yang perempuan tu. kesian sgt.diorang dah macam terbiasa dengan kehidupan macam tu. Kehidupan kanak2 terbatas di satu bangunan sahaja.main kat situ, makan kat situ malahan kerja pun kat situ. Budak2 ni kadang2 aku tengok tolong mak bapak diorang keje kontrak padahal sepatutnya bukan kat situ tempat diorang. tambah kesian bila aku tengok diorang buat buai sendiri.buat dengan tali keje kontrak,tempat duduknya kotak,dibelakangnya ada cerucuk besi kontrak.tapi nak kata apa? itula cara hidup diorang.tapi kan......jeng jeng jeng....aku tengok anak bawwab kat umah aku pakai handphone lagi canggih pada aku.cis!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
anak bawwab giler gajet.. huhu
Post a Comment