Saturday, November 8, 2008

On Fiat 128....and BMW

Jasmine aku dukung bila keluar dari Shaalan. Dah 3 hari batuk. Maybe sebab pertukaran musim panas ke musim sejuk. Dalam perjalanan nak ambil teksi cabuk hitam putih, aku ternampak satu couple, laki nye biasa je...typical arab mesir, rambut kerinting kecil-kecil dan dah botak sikit kat tengah. Tapi awek die....pergh! Tinggi macam model, muka cun and ranggi abis. Tapi diorang naik Fiat 128 yang kira aku tahun 1960 punya..ala..yang kita selalu tengok dalam filem James Bond, Circa Sean Connery dulu.
Dalam hati aku kata, kalau kat M'sia tak terlintas la di hati awek-awek macam tu nak naik keta alumni zaman James Bond tu. Tapi kat sini the man behind such wheel still can carik makan. Winnie senyum je bila aku cakap kt M'sia at least Waja la kalau nak bawak awek macam tuh. BMW 320i tahun 2001 selayaknye la. Untung badan driver BMW.

Wednesday, November 5, 2008

Makan Malam Untuk Suriati dan Familinya...

Semalam kami hold satu simple dinner untuk Suriati dan parents Datuk Habibah dan Datuk Samsudin serta abangnya Reza. Fauzi sekeluarga turut kami jemput sebab Datuk Habibah was the Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dab Fauzi pon pernah kerja di JPA sebelum ikut PCF. Ida dengan bantuan Huda masak tomyam campur, paprik ayam, sayur campur, ikan siakap sweet and sour, telur dadar dan sambal belacan. Fauzi pulak bawa kuih bakar dan kuih lapis. Seronok dapat jumpa kawan-kawan dan ex-boss yang banyak pengalaman ni. So, kepada kawan-kawan yang ada plan nak berjalan ke Egypt, please let us know. Tak payah duduk hotel buang duit je, duduk je rumah kitaorang.Okay?

Elmo dan Doll....



Seminggu pertama kami sampai ke bumi Mesir ini, hati aku sedih bila anak kesayangan ini bertanyakan mengenai Elmonya yang aku tertinggal di hotel. Jasmine memang rapat dengan Elmo yang aku beli untuknya di Alamanda.

Jenuh jugak la kami cari pengganti tapi tak jumpa, last sekali jumpa la sekor kat Rico. Seronok tak kira Jasmine bila dapat Elmo nya kembali. At the same time, Wa Yang Jasmine pun beli satu dan poskan dari Malaysia Elmo untuk Jasmine.

Jasmine dan kata-katanya...


Sekarang ni vocabs Jasmine dah bertambah banyak, yang kami kira rasanya dah beratus-ratus dah kot...seronok dengar anak bercakap ni, tapi kalau dah pandai bercakap pun ada susahnya bila dia dah pandai demand benda yang bukan-bukan.

Pilihan Sendiri....

Tiap kali aku atau ibu dia pegang kamera, Jasmine mesti tak senang duduk. Sibuk nak tengik kalau ada kitaorang ambil gambar dia. Kadang-kadang naik marah jugak dengan kelaku anak sorang ni, tapi selalunya senyuman anak kesayangan inilah yang membawa sejuta kegembiraan dalam jiwa kami. Letih nak layan Jasmine ni, banyak akal. Botol susu nak pilih sendiri...baju pun nak pilih sendiri. Tengoklah gambar ni stokin belang-belang, seluar jeans pendek, baju polo t sleeveless dan long sleeve t kat dalam. Kelakar....pagi tu Jasmine pegi sekolah dengan gembira sekali bersama pakaian pilihan.

Sunday, November 2, 2008

Kedutaan Besar Malaysia

Di tingkat 5 bangunan inilah kami sekeluarga tinggal selama sebulan lebih setelah tiba di bumi Mesir ini. Inapan Aanab...nama transit apartment di Kedutaan.

Al-Aanab Street, Mohandessine, Giza










Ini adalah Al-Aanab Street, jalan yang menempatkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah







Do You Have Laksa?....

Auntie ni suka betul makanan Malaysia. Dia juga ada bertanya samaada laksa ada dijual ataupun tidak. Rupanya dia pernah posting di Saigon lama dahulu dan kebetulan ada kawannya yang suka masak makanan Malaysia (maybe kawannya tu Malaysian kot). Makanan favourite dia adalah Laksa Malaysia. Aku tengok dia end up beli sebungkus bihun, satu pek santan, 2 pek paste tomyam dan sebotol sos cili Kimball. FYI, bihun tu made in Thailand... :)

Asian Diplomatic Wives Association (ADWA) Activities

Ini antara aktiviti ladies Perwakilan iaitu bazaar di Hotel Nile Hilton. Banyak juga barang-barang yang Perwakilan jual collection ribu-ribu jugak la hari tu. Antara yang menjadi rebutan adalah kaftan batik Malaysia yang ceritanya dapat jual lebih 40 pasang. Bukan setakat tu je, barang-barang makanan pun dijual jugak contohnya bihun, sos cili kimball, pek Milo, santan, tomyam paste etc. Ida kelihatan sedang memasukkan pek bihun ke dalam plastik. Kalau korang tengok kat belakang Huda (kiri sekali) ada satu bekas makanan. Dalam tu Ida bawak bihun goreng yang dia masak untuk breakfast aku dan Jasmine. Last sekali bihun tu jadi display item masa Perwakilan berniaga. Sambil makan sambil tunjuk kat pengunjung hasil end-product bihun. Sambil2 jual, sambil ajar macamana nak masak makanan Malaysia tu. Ramai yang suka cuba resepi baru. So, they thought why not Malaysian food.Dalam gambar juga Huda sebenarnya tengah dukung Jasmine yang masih merajuk sebab ibu tinggalkan dia dengan ayah pagi tadi.

La Cantina....

Selepas penat berjalan di Wikala, malamtu kitaorang lepak kat La Cantina, Cafe and Bistro yang terletak tak jauh dari rumah aku dan rumah Athir. Aku minum ice choc sahaja tapi Ida sebab nak lepaskan kempunan makaroni goreng di Wikala, order fettucini tapi tak sedap..Ida tak abis makan so aku tolong abiskan la macam biasa. Malam tu tuan TC sponsor sebab dia baru balik dari outstation..masyuukk katanya. Lebih kurang pukul 1am baru kami semua balik sebab esoknya ladies Perwakilan ada aktiviti di Nile Hilton.

Wikala...


Wikala ialah sebuah tempat untuk membeli belah yang popular di Cairo. Tempatnya taklah mewah tapi eksotik, a truly oriental street bazaar. Sempat jugak membeli-belah untuk preparation menghadapi winter. Ida dan Jasmine aku belikan masing-masing sepasang kasut gajah. Aku beli 3 pasang stokin, sepasang pullover heavy wool dan sepasang knitted pullover. Gambar ni masa tengah tawar menawar untuk beli karpet. Aku belikan Ida rug sebab tak tahan sejuk lantai marble kat reception dan dining hall rumah aku. Kat sebelah kedai karpet tu ada satu stall jual makaroni goreng. Lecur air liur kitaorang tengok orang-orang arab melahap makan makaroni...ye la, perut tengah lapar, cuaca sejuk..memang resepi buat perut lapar. Nak makan tak berani sebab condition stall tu teruk sikit. Balik tu kitaorang pegi lepak kat La Cantina, makan dan minum sambil hisap shisha....


Jasmine di playground sekolah dia. Sekarang Jasmine tak nangis lagi pegi sekolah. In fact sometimes, she insists to go to school which I find very relieving. She likes it there it seems.yela...better dari terperuk duduk kat rumah nengok ibu lipat kain dengan memasak. Kalau nak tau, sebab selalu sangat teman ibu masak Jasmine dah boleh bagitau which is onion,garlic, ginger,etc. Haaa...anak dara pun tak tentu tau nama2 bawang.hihihi...

Sekolah Jasmine...



Greenland International Nursery. Inilah tempat kitaorang hantar Jasmine bersekolah.Perasan tak ada bendera Malaysia kat situ?Kitaorang dah siap bilang stripes on that flag and it has 14 stripes.Nasib baik.kalau tak kitaorang dah complain kat pihak sekolah.Haa...sejak Jasmine bersekolah kat situ la diorang start lekat bendera tu. So, in a way Jasmine represents our country here. A young ambassador of Malaysia to Egypt...

Co Host....



Ini gambar Fauzi sekeluarga. Open house hari tu dibuat bersekali dengan sambutan hari lahir Kakak Nani yang ketiga. Yang berbaju kebaya kuning cair tu Huda, isteri Fauzi dan yang berbaju kurung biru tu mak Fauzi. Birthday girl yang duduk di antara Fauzi dan Huda. Semasa kitaorang baru sampai di Cairo, Fauzi and family lah yang banyak membantu kami untuk settle down di sini. Tahun ini, insyaAllah pada 2hb Disember 2008, Fauzi dan isteri serta ibunya akan menunaikan haji. Kami doakan mereka sekeluarga selamat pergi, selamat pulang dan mendapat rahmat Allah S.W.T.

Open House Raya, House Warming dan Birthday Kakak Nani...



Pada 25.10.2008, kami sekeluarga bersama keluarga Fauzi bekerjasama mengadakan Open House Raya, House Warming dan juga menyambut hari lahir anak Fauzi, Kakak Nani. Antara menu yang kami sediakan ialah Nasi Ayam dan Bihun Sup Utara. Bihun Sup di outsource kepada Kafe Hijau Kuning Rumah Kedah dan Nasi Ayam, Ida masak sendiri dengan bantuan beberapa rakan-rakan dan student JPA. 26 ekor ayam habis dikorbankan! Selain daripada rakan-rakan dari kedutaan, MSD, rumah negeri dan Petronas kami juga turut menjemput pelajar-pelajar perubatan tajaan JPA dan pelajar DMAK. Kalau nak ikut plan, open house cuma dari jam 2-5pm sahaja tapi malam tu majlis dilanjutkan ke jam 8p, sebab tak putus-putus orang datang. Antara orang Alexandria yang datang adalah Kak Olie keluarga in fact, En. Kamarul suami kak Olie baru je tiba di Cairo International, pick up di airport, terus datang ke rumah kitaorang. Terima kasih semua kepada semua yang hadir. Malam tu pula kami yang lelakinya terpaksa bergegas pergi ke rumah TYT Datuk Duta sebab ada reception dinner untuk rombongan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Penat betul malam tu tetapi puas hati. Jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan students yang datang membantu.


Bergambar bersama sebelum menerima kunjungan tetamu. Malam tu Jasmine kitaorang tinggalkan bersama Natrah dan Insyirah, pelajar tahun 3 perubatan di Cairo University. Jasmine macam biasalah, tak nak kat orang lain kecuali yang dia familiar sahaja esp ibu dan ayah dia. Ceritanya masa kitaorang tinggalkan Jasmine dia merajuk tak nak cakap sepatah pun...lepas tu susah nak berenggang dengan Ida sebab takut kena tinggal sekali lagi.

Geng Mohandessine...



Ini dia line-up Mohandessine. Dari kiri ialah Yana, Shidah, Sue, Ida dan Huda. Lelaki kat belakang tu ialah Wan Tarmizi, Trade Commissioner. Geng Mohandessine, sebab kami semua tinggal di kawasan Mohandessine yang berhampiran dengan bangunan canseri. In fact, rumah kami semua within walking distance from the embassy and each other. Selalunya Mohandessine jadi pilihan pasangan yang lebih muda berbanding Zamalek yang menjadi pilihan mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah kerana di Zamalek terdapat banyak sekolah antarabangsa manakala di Mohandessine cuma ada nursery antarabangsa. Bulan 12 nanti, Yana dan Kirk akan berpindah ke apartment yang bersebelahan dengan bangunan apartment kami. Kirk dah janji dengan aku nak car pool hari-hari naik BMW dia pegi canseri.

Resepsi Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan



Seronok bila dapat tengok ramai orang tersenyum gembira mungkin berbangga dengan ulangtahun bebasnya Malaysia daripada genggaman penjajah ataupun berbangga dengan baju masing-masing yang cantik dan segak. Yang lebih istimewa lagi malam tu Perwakilan menghidangkan pelbagai makanan dan kuih-muih tradisional. Ida, Suraya dengan Shidah buat popiah goreng, Huda dengan kuih-muih dan kek yang memang dah jadi trademark dia, bihun dan nasi goreng kampung, sate dan banyak lagi. Semua cepat habis kecuali kuah sate yang terusik sebab diorang tak tahu sate kena makan dengan kuah kacang. Rasanya kami malam tu tak makan banyak sangat sebab sibuk melayan tetamu yang datang.