Sunday, November 2, 2008

Open House Raya, House Warming dan Birthday Kakak Nani...



Pada 25.10.2008, kami sekeluarga bersama keluarga Fauzi bekerjasama mengadakan Open House Raya, House Warming dan juga menyambut hari lahir anak Fauzi, Kakak Nani. Antara menu yang kami sediakan ialah Nasi Ayam dan Bihun Sup Utara. Bihun Sup di outsource kepada Kafe Hijau Kuning Rumah Kedah dan Nasi Ayam, Ida masak sendiri dengan bantuan beberapa rakan-rakan dan student JPA. 26 ekor ayam habis dikorbankan! Selain daripada rakan-rakan dari kedutaan, MSD, rumah negeri dan Petronas kami juga turut menjemput pelajar-pelajar perubatan tajaan JPA dan pelajar DMAK. Kalau nak ikut plan, open house cuma dari jam 2-5pm sahaja tapi malam tu majlis dilanjutkan ke jam 8p, sebab tak putus-putus orang datang. Antara orang Alexandria yang datang adalah Kak Olie keluarga in fact, En. Kamarul suami kak Olie baru je tiba di Cairo International, pick up di airport, terus datang ke rumah kitaorang. Terima kasih semua kepada semua yang hadir. Malam tu pula kami yang lelakinya terpaksa bergegas pergi ke rumah TYT Datuk Duta sebab ada reception dinner untuk rombongan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Penat betul malam tu tetapi puas hati. Jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan students yang datang membantu.

No comments: