Sunday, November 2, 2008

Resepsi Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan



Seronok bila dapat tengok ramai orang tersenyum gembira mungkin berbangga dengan ulangtahun bebasnya Malaysia daripada genggaman penjajah ataupun berbangga dengan baju masing-masing yang cantik dan segak. Yang lebih istimewa lagi malam tu Perwakilan menghidangkan pelbagai makanan dan kuih-muih tradisional. Ida, Suraya dengan Shidah buat popiah goreng, Huda dengan kuih-muih dan kek yang memang dah jadi trademark dia, bihun dan nasi goreng kampung, sate dan banyak lagi. Semua cepat habis kecuali kuah sate yang terusik sebab diorang tak tahu sate kena makan dengan kuah kacang. Rasanya kami malam tu tak makan banyak sangat sebab sibuk melayan tetamu yang datang.

No comments: