Sunday, November 2, 2008



Jasmine di playground sekolah dia. Sekarang Jasmine tak nangis lagi pegi sekolah. In fact sometimes, she insists to go to school which I find very relieving. She likes it there it seems.yela...better dari terperuk duduk kat rumah nengok ibu lipat kain dengan memasak. Kalau nak tau, sebab selalu sangat teman ibu masak Jasmine dah boleh bagitau which is onion,garlic, ginger,etc. Haaa...anak dara pun tak tentu tau nama2 bawang.hihihi...

Sekolah Jasmine...



Greenland International Nursery. Inilah tempat kitaorang hantar Jasmine bersekolah.Perasan tak ada bendera Malaysia kat situ?Kitaorang dah siap bilang stripes on that flag and it has 14 stripes.Nasib baik.kalau tak kitaorang dah complain kat pihak sekolah.Haa...sejak Jasmine bersekolah kat situ la diorang start lekat bendera tu. So, in a way Jasmine represents our country here. A young ambassador of Malaysia to Egypt...

Co Host....



Ini gambar Fauzi sekeluarga. Open house hari tu dibuat bersekali dengan sambutan hari lahir Kakak Nani yang ketiga. Yang berbaju kebaya kuning cair tu Huda, isteri Fauzi dan yang berbaju kurung biru tu mak Fauzi. Birthday girl yang duduk di antara Fauzi dan Huda. Semasa kitaorang baru sampai di Cairo, Fauzi and family lah yang banyak membantu kami untuk settle down di sini. Tahun ini, insyaAllah pada 2hb Disember 2008, Fauzi dan isteri serta ibunya akan menunaikan haji. Kami doakan mereka sekeluarga selamat pergi, selamat pulang dan mendapat rahmat Allah S.W.T.

Open House Raya, House Warming dan Birthday Kakak Nani...



Pada 25.10.2008, kami sekeluarga bersama keluarga Fauzi bekerjasama mengadakan Open House Raya, House Warming dan juga menyambut hari lahir anak Fauzi, Kakak Nani. Antara menu yang kami sediakan ialah Nasi Ayam dan Bihun Sup Utara. Bihun Sup di outsource kepada Kafe Hijau Kuning Rumah Kedah dan Nasi Ayam, Ida masak sendiri dengan bantuan beberapa rakan-rakan dan student JPA. 26 ekor ayam habis dikorbankan! Selain daripada rakan-rakan dari kedutaan, MSD, rumah negeri dan Petronas kami juga turut menjemput pelajar-pelajar perubatan tajaan JPA dan pelajar DMAK. Kalau nak ikut plan, open house cuma dari jam 2-5pm sahaja tapi malam tu majlis dilanjutkan ke jam 8p, sebab tak putus-putus orang datang. Antara orang Alexandria yang datang adalah Kak Olie keluarga in fact, En. Kamarul suami kak Olie baru je tiba di Cairo International, pick up di airport, terus datang ke rumah kitaorang. Terima kasih semua kepada semua yang hadir. Malam tu pula kami yang lelakinya terpaksa bergegas pergi ke rumah TYT Datuk Duta sebab ada reception dinner untuk rombongan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Penat betul malam tu tetapi puas hati. Jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan students yang datang membantu.


Bergambar bersama sebelum menerima kunjungan tetamu. Malam tu Jasmine kitaorang tinggalkan bersama Natrah dan Insyirah, pelajar tahun 3 perubatan di Cairo University. Jasmine macam biasalah, tak nak kat orang lain kecuali yang dia familiar sahaja esp ibu dan ayah dia. Ceritanya masa kitaorang tinggalkan Jasmine dia merajuk tak nak cakap sepatah pun...lepas tu susah nak berenggang dengan Ida sebab takut kena tinggal sekali lagi.

Geng Mohandessine...



Ini dia line-up Mohandessine. Dari kiri ialah Yana, Shidah, Sue, Ida dan Huda. Lelaki kat belakang tu ialah Wan Tarmizi, Trade Commissioner. Geng Mohandessine, sebab kami semua tinggal di kawasan Mohandessine yang berhampiran dengan bangunan canseri. In fact, rumah kami semua within walking distance from the embassy and each other. Selalunya Mohandessine jadi pilihan pasangan yang lebih muda berbanding Zamalek yang menjadi pilihan mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah kerana di Zamalek terdapat banyak sekolah antarabangsa manakala di Mohandessine cuma ada nursery antarabangsa. Bulan 12 nanti, Yana dan Kirk akan berpindah ke apartment yang bersebelahan dengan bangunan apartment kami. Kirk dah janji dengan aku nak car pool hari-hari naik BMW dia pegi canseri.

Resepsi Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan



Seronok bila dapat tengok ramai orang tersenyum gembira mungkin berbangga dengan ulangtahun bebasnya Malaysia daripada genggaman penjajah ataupun berbangga dengan baju masing-masing yang cantik dan segak. Yang lebih istimewa lagi malam tu Perwakilan menghidangkan pelbagai makanan dan kuih-muih tradisional. Ida, Suraya dengan Shidah buat popiah goreng, Huda dengan kuih-muih dan kek yang memang dah jadi trademark dia, bihun dan nasi goreng kampung, sate dan banyak lagi. Semua cepat habis kecuali kuah sate yang terusik sebab diorang tak tahu sate kena makan dengan kuah kacang. Rasanya kami malam tu tak makan banyak sangat sebab sibuk melayan tetamu yang datang.