Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin...

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai.

Jasmine demam dan meragam sebab banyak ulser ada dalam mulut dia, jadi dia punya selera makan pun dah hilang dan berat badan dah turun sikit. Baru ni masa pegi jumpa pakar kanak-kanak, berat Jasmine cuma tinggal 1o kg sahaja. Kami suami isteri pun dah turut terjangkit dengan demam Jasmine. Alhamdullillah dah pegi klinik dan sekarang ni, the whole family on medication.

Demam demam jugak, tapi Hari Raya masih disambut cuma raya kali ini kami tak prepare apa-apa pun walaupun sebijik kuih sebabnya oven yang tuan rumah ni tak boleh pakai! Nak beli kuih, tak berapa selera dengan kuih arab ni walaupun ada yang semacam biskut raya kat Malaysia. Tengoklah petang ni nak pegi beli kacang-kacang sikit so adalah benda nak dijamu kat tetamu yang nak datang beraya.

Tapi kami tetap bersyukur sebab kami semua dapat baju raya baru yang dikirim dari kampung. Jasmine esok akan pakai baju kurung merah jambu, aku akan pakai baju melayu oren dan Ida ada sepasang kurung Pahang dan kurung moden untuk digayakan.
Jadi akhir kata, terimalah sembah salam dan susunan tiga puluh jari memohon maaf di atas segala kesilapan yang telah dilakukan.

Saturday, September 20, 2008

Upload Gambar....

Banyak permintaan diterima meminta supaya dapat disiarkan gambar terbaru di blog SOJIC. Tetapi buat masa ini kami tak dapat nak upload gambar-gambar terbaru sebab software, USB cable etc untuk kamera digital ada di dalam kontena.

InsyaAllah selepas personal effects sampai, kami akan upload gambar baru.

Kurung Melayu...

Hari ini, terima satu bungkusan dari Malaysia. Jangkaan tepat bila dibuka ada 3 pasang baju kurung, sepasang baju kurung Pahang biru dan sepasang kurung berlabuci siap dengan padanan tudung untuk ibu, serta sepasang kurung merah jambu untuk sekecil Jasmine.

Muka ibunya berseri-seri menerima kiriman ini memandangkan kebanyakkan baju kami masih di dalam kontena yang sedang dalam perjalanan ke sini. Entah di mana kapal tersebut sedang berada dan harapan untuk menerima personal effects sebelum raya makin pudar... Nasib baiklah ada orang yang kirimkan baju untuk berhari raya. Untuk aku, hujung bulan lepas bila Sharbini balik Malaysia, sempat aku mintakan ayah dan ibu di kampung untuk kirimkan beberapa pasang baju melayu dan songkok. Lega juga apabila ada 2 orang kampung halaman aku di sini. Sharbini dan juga Dr. Jamil, Pengarah MSD. Boleh juga kirim mengirim bila balik Malaysia.

Bersyukur dengan apa yang ada dan kami akan menyambut Syawal seadanya dengan ditemani rakan-rakan yang merupakan saudara kami di bumi Mesir ini.

Friday, September 19, 2008

Kambing Buat Kejutan....

Memang tak dapat dinafikan, tanah yang dipijak ini penuh dengan keajaiban. Seajaib cerita 1000 satu malam yang R.Burton ceritakan semula untuk bacaan dunia yang tidak pernah lekang dengan kekaguman kepada dunia magis.

Beberapa malam Ramadhan yang lepas, aku pergi menunaikan solat tarawikh di sebuah masjid yang berdekatan dengan rumah. Selepas solat kaki dilontar untuk menyelusuri jalan-jalan dan lorong-lorong yang aku belum pernah terokai. Sampai di satu simpang, aku lihat ramai yang sedang berkumpul untuk minum shai (teh) dan hisap shisha di satu kedai di bawah sebuah apartment 3-4 tingkat. Semua ini pandangan biasa di Cairo....tetapi aku agak terkejut apabila melihat ada sebuah kandang kambing di dalam bangunan apartment di kawasan Mohandessine ini!!!

Menghampiri Syawal...

Ramadhan mendekati hari yang ke-20. Selepas ini, kita akan menghitung 10 hari terakhir Ramadhan. Jika di Malaysia kala ini, kita sedang sibuk menyediakan persiapan hari raya. Tapi kami sekeluarga di sini sederhana sahaja. Rindu kepada kaum keluarga makin bertambah tambahan pula ini adalah kali pertama kami tidak beraya bersama kaum keluarga.

Sunday, September 14, 2008

Egyptians dan Galabiyyanya....

Megah bangsa dengan pelbagai cara. Bahasanya, budayanya dan tidak kurang juga dengan pakaiannya. Melayu dengan Baju Melayu lengkap bersongkok dan bersampin songket, Cina dengan cheongsam dan India dengan sarinya.

Orang arab Mesir pun tidak kurang dengan Galabiyya.

Galabiyya merupakan jubah longgar yang dipakai oleh kaum lelaki di Mesir. Aku tidak pasti samada ada arab lain yang pakai Galabiyya selain Mesir, Sudan dan arab di Libya. Nama mungkin lain tapi nampak seakan sama. Rupa Galabiyya ini bagi aku macam jubah yang biasa kita dapat bila ada saudara mara balik dari menunaikan haji atau umrah tapi kolarnya macam baju Melayu Johor.

Yang istemewanya Galabiyya arab Mesir ini ialah ia boleh dipakai ke mana sahaja, untuk buat apa sahaja. Sekali aku pernah perhatikan sekumpulan pekerja kontrak arab sedang memasang penyangga di luar bangunan 15 tingkat bekerja dengan memakai Galabiyya. Bayangkanlah, berdiri dan meniti di atas kayu-kayu kering yang dijadikan penyangga tanpa apa-apa aparatus keselamatan dan memakai JUBAH!

Teringin jugak nak beli sehelai Galabiyya dan merasai kehebatannya.

Tetapi sebagai Melayu...aku lebih berbangga dengan Baju Melayu. Baju Melayu boleh dipakai ketika menyambut perayaan, dipakai untuk bersembahyang, dipakai masa nak kahwin dan turut dipakai oleh hulubalang-hulubalang di zaman silam untuk berperang walaupun aku tak pernah nampak lagi siapa-siapa yang pakai Baju Melayu untuk buat kerja kontrak bina bangunan!

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan Kareem....Allahu Akram!

Ramadhan dah masuk hari ke sebelas, semoga kita semua memperoleh keberkatan! Amin...